Posts

1st cycle on clomid

Tahun ni raya awal. Sehari sebelum raya, aku period. Alhamdulillah. Hari kedua aku start ambil clomid macam yang doktor suruh. Now dah hari kelima, and period pun semakin nak kering. Sebaik saja aku ambil clomid, aku pun inform doctor macam yang dia pesan. So next checup aku 27 july ni(day 12). Aku berharap, 1st cycle ini berjalan dgn lancar dan jayanya. Semoga tuhan memberkati kami berdua. Untuk next step, aku still ada perasaan nervous tu. Perasaan nervous tu datang sebab aku taktau apa hasil keputusannya nanti. For sure, aku harap resultnya yang terbaik(amin..). Ya Allah Ya Tuhanku, hanya kepada Kau lah aku berdoa dan meminta, semoga Kau kurniakan kami zuriat kami. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa. Kun fayakun.. P/S: Raya tahun ni tak jadi sebab dikejutkan dengan pemergian sepupu pada pagi Hari Raya. Semoga arwah tenang di sana..
Assalamualaikum. Pejam celik pejam celik dah nak dekat raya lagi seminggu. Haritu baru ja sambut puasa. And aku dah consumed Diane 35(pil hormon aka perancang) selama 20 hari dah. Esok last day. Lepas tu tunggu period datang untuk consume clomid (start hari kedua). Semoga Allah memberkati usaha aku. Semoga semuanya lancar. Amin..

2nd Consultation for 2nd Opinion

Assalamualaikum. Lepas checkup pertama tu, hujung minggu tu aku balik Alor Setar. Sebelum bertolak balik, aku call Ampang Puteri untuk postpone operation. Dr. Maritah tanya kenapa then husband aku explain la kata kami nak balik discuss dengan family. Lepas tu, Dr. Marsitah pesan jangan lambat-lambat buat operation. 20.6.2015 di Alor Setar. Awal pagi aku bangun dan pergi ke INS Specialist Centre, hospital yang kawan aku suggest kat dalam whatsapp haritu. Rupanya Dr. Sarab yang dia recommend tu cuti hari Sabtu. Sebab sini takpayah nak set appoinment, just walk in, kami decide untuk datang esok pagi sebab petang tu dah nak bertolak balik KL. 21.6.2015. Pukul 8.15 pagi kami dah sampai dekat INS tu. Alhamdulillah kami orang first. Risau ramai macam kat Ampang Puteri haritu. Receptionist kat INS pun tak datang lagi. Diorang masuk kerja pukul 9. Turn jumpa Dr. Sarab nombor 1. Dan Doc masuk pukul 10 macam biasa. So tepat pukul 10, kami dipanggil. Then, saya explain tujuan datang ke sa...

1st check up 16.6.2015

Assalamualaikum. Kat sini aku nak kongsikan 1st checkup yang aku dah set dengan Dr. Marsitah dekat ampang puteri. Haritu aku cuma ambil cuti half day pagi tapi ternyata salah expectation aku. Pergi register pukul 8 dan nurse tu cakap turn aku number 12. So aku just tunggu situ dengan husband lepas kami habis breakfast dalam pukul 9 pagi. Tunggu punya tunggu doktor pukul 11.20pg baru sampai dan akhirnya aku dapat jumpa doktor dalam pukul 3 lebih. Masa masuk yes doctor memang baik lepas tu aku cerita la kenapa kami datang. Terus buat vagina scan and doctor diagnose aku ada right wall cyst 3.5 cm, rahim aku jenis retrovert, and ada something inside uterus aku yang doctor sendiri taktau apa. Tanpa bazirkan masa doctor terus bookingkan aku OT room pada 22.6.2015. Dan tanya tanya pasal insuran. Secepat itu. Masa dengar result tu tuhan saja yang tau apa perasaan aku. Doctor cakap jangan lambat-lambat terus operation. Aku dah la takut kena operate. Walaupun kes macam aku dah normal sangat ...

Esok 1st Consultation

Esok halfday cuti and first check up aku dengan gynae. Perasaan nervous tu ada sebab takut akan resultnya. Ya Allah Ya Tuhanku, Kau berikanlah aku kekuatan. Semoga semuanya baik-baik saja. Kau kuatkanlah aku. Sesungguhnya esok bermulalah perjalanan sebenar aku bersama gynae.  Hujung minggu ni aku balik Kedah. Aku pun akan dapatkan 2nd opinion dengan gynae kat sana. Last entry aku whatsapp kawan aku dia lah yang suruh try sana. Apa mampu aku buat hanyalah prepare mental dan ready for anything to be told. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Amin ya rabbal alamin...

Whatsapp kawan

Hari ni tengah free takdak kerja, aku whatsapp sorang kawan. Kawan yang bergelar TTCian jugak. Tapi alhamdulillah dia dah pregnant 3 bulan. Apa yang aku tanya just berapa lama dia TTC, berapa banyak dah dia habis, doktor mana dia pergi, mana okay mana tak okay sikit-sikit experience yang dia ada dia share dengan aku. Benak kecik aku cakap, sabar suatu hari nanti aku pasti macam dia. Tapi kadang-kadang benak tu seolah hilang dibawa angin. Dia bagi aku kata-kata semangat.  Yang mana rata-rata orang yang berjaya akan bagi nasihat kepada yang belum ada rezeki. Pasti aku pun macam tu andai suatu hari nanti aku berjaya. Walaupun pada satu pihak rasa cliche tapi itulah yang terbaik. Ya Allah, Kau kuatkanlah aku. Kau murahkanlah rezeki kami. Amin.

Entry Pertama sebagai TTCian

Assalamualaikum. Sebenarnya taktau nak start dari mana. Alam perkahwinan genap 2 tahun hujung minggu ni. Kebanyakan kawan-kawan yang kahwin sebelum dah selepas aku dah masuk anak kedua. Tapi aku masih berdua. Selalu sedapkan hati yang Allah nak bagi enjoy dulu tapi jauh sudut hati kecil rasa sedih tu ada. Mulut dah lama cakap nak pergi check up. Tapi tak pergi-pergi. Akhirnya, aku berjaya buat first step appointment dengan Dr. Marsita (Ampang Puteri/Klinik Medina) selepas puas google macam-macam doktor. Perasaan takut tu ada. Takut akan apa resultnya nanti. Sebab itu jugaklah asyik cakap ja tapi tak bertindak sebenarnya. Semoga segalanya okay.