10-18dpiui

Assalamualaikum w.b.t

10dpiui - 14dpiui (16/3-20/3/16).
Upt test BFN.

15dpiui (21/3/16).
After subuh, buat upt test line sangat-sangat samar.
First time selama buat test upt. Tapi still tak rasa secure.
Sebab ikut perkiraan hari ni period.
Pukul 8 pagi bertolak ke Johor sebab outstation 3 hari.
Around pukul 11 pagi macam tu singgah petrol pump pergi toilet.
Bila cek nampak keputihan yang seakan pale brown.
Mungkinkah tanda2 period nak datang?
Risau.

16dpiui (22/3/16)
Still lagi keputihan tapi colour pale brown.
Biasanya yellowish kan.
Pergi site audit macam biasa.
Ada rasa tak sedap perut sebab pakai pantyliner ja.
Risau tengah2 audit keluar flow period.
Petang balik hotel cek just pale brown kputihan bercampur.
Sebelum maghrib email Dr Tasha bagitau situation.
However, dia suruh cek upt lagi sekali and datang buat blood test if positif.
Dr. T away this 2 weeks.
So fikir2 balik, kalau tak menjadi tak dapat nak teruskan cycle ni.
Maybe proceed next cycle.

17dpiui (23/3/16)
Continue audit. Pergi toilet cek keluar keputihan yellowish ja.
Tapi tak boleh fikir sangat sebab busy siapkan kerja.
Pukul 10 malam sampai rumah terus cek upt lagi.
Kali ni naik dua line obvius. Tapi taklah seterang 2nd line yang indicator tu.
Masa ni perasaan macam taktau nak describe macam mana.
Letak atas meja panggil husband suruh tengok dia nampak apa.
Terus masuk mandi.
Husband cakap memang nampaklah.
Tapi kitorang tak nak too happy selagi no confirmation from klinik.
Just fikir sabtu ni nak buat upt test pakai Clear Blue and pergi buat blood test.
Risau jugak sebab one of iui risk is ectopic pregnancy.
Selagi tak dapat bacaan hcg dalam darah, selagi tu berdoa semoga semuanya baik2 ja.
Terus solat Isyak. Nangis sebab diberi kesempatan dan peluang melihat dua line.
Dan tak putus berdoa semoga kandungan di pelihara dan berada dalam keadaan sihat serta sempurna. Amin.

18dpiui (24/3/16)
Pukul 4 pagi macam biasa continue tahajud.
Berdoa dan terus berdoa semoga segalanya baik2 saja.
Nak test ke taknak test upt lagi tapi takpala. Sabtu ni lah test lagi.
Kalau nak test pun esok pulak pakai upt murah,

Okay setakat ni saja update terkini. "Ya Allah, peliharalah kami umatMu ini. Semoga kandunganku berada dlm keadaan sihat dan sempurna. Amin.. Syukur padaMu Ya Allah.."


Comments

Popular posts from this blog

5-9 DPiui

Hopeful but hopeless? :-)