Posts

Showing posts from 2015

2nd - 4th appoinment

Recap balik. Pergi sorang kali ni. 12/12/15 Scan and follicle tracking ada few on right side 4 ke 5 tak ingat. Belah kiri kedekut this month. Then dr. T prescribed novuldex for 5days. kena buat full blood test jugak(Hep C) and Thyroid test since last record tak berapa cantik. Result sperm okay. Result darah husband okay. Dr. T suruh datang balik next week on 19/12/15. Lepas consumed novuldex. Dr.T suruh balik discuss dgn suami pasal proceed iui, taknak tunggu lagi sebab before this dah on clomid 3 bulan. dgn Dr.T dah masuk bulan kedua. Novuldex:110 Hep C:210 thyroid:130 TVS:120 Consult:100 Total 2nd appoinment: rm670 So, next appoinment awal pagi kul9 on 19/12/15. Pergi mcm biasa dgn husb. Result darah aku cantik. FSH level pon okay. No problem. Then, TVS tgk progress telur ada 2 telur around 13mm & 10mm. Dr.T cakap progress slow sikit.Takpe mungkin stress or lambat ovulate bulan ni.Cycle mungkin panjang sket. Aku mcm kecewa sket tgk progress. So, dr.T suruh set

Failed first try at KLFC

"Sesungguhnya, aku tak tahu aku mampu meneruskan perjalanan ni atau tak. Macam2 masalah melanda...Ya Allah bantulah aku..berilah aku jalan..Amin." Period 8/12/12. Sakit perut. Next appoinment 12/12/15. Takda aral aku pi. Aku macam dah tak kuat. Sebab, takdak siapa di belakang aku untuk tolak aku ke depan. Aku macam decide nak stop melangkah dan duduk. Sebab aku dah penat berdiri sendiri.

1st consult to KLFC. My 4th gynae.

Selepas dah give up dengan 3rd gynae (consumed clomid, progestrone test, consumed clomid, progestrone test lagi for almost 3 month), aku jumpa blog Dr. Tasha, which is from KL Fertility Centre. Memang before ni dah pernah dengar KLFC from previous gynae, tapi time tu ingatkan takperlu sampai ke klfc kot and of course about financial. Tapi disebabkan tiada progress yang baik, maka aku ambil keputusan untuk ke KLFC. Selepas dah buat appoinment last 2 weeks, hari ni aku ke sana. Agak lama tunggu sebab ramai rupanya. 9.45 pagi sampai dan pukul 12 tengah hari macam aku masuk jumpa dr.tasha. Macam yang baca kat blog sebelum  ni, memang orang cakap dr.tasha ni baik,lembut and soft spoken orangnya. Aku bawa medical report yang mana aku and husband dah pernah carried out some tests too. Bila masuk, macam biasa doc akan mula tanya history period, and apa yg gynae before dah pernah diagnosed. Same goes to the husband. And then, doc prescribe aku 2 jenis supplement that I should get from o

Terbuku 3 bulan

SInce august till nov takde update sebab betul2 tgh on clomid every month but end up takdak hasil. Aku kecewa sangat. Dan betul2 sedih dgn apa nasib aku. Aku selalu berdoa moga dimurahkan rezeki anak setiap kali solat. Cuma kadang2 aku rasa macam tak kuat nak tempuh semua ni. Aku sebenarnya bukanla kuat mana nak bertarung dgn semua tapi aku menahan diri untuk jadi kuat. Kalau baca blog ttc orang pun boleh buat aku mengalir air mata, kuat ke macam tu? Aku berlakon ja depan husband depan kawan2 depan family aku untuk semua ni. Tapi kadang2 aku rasa aku betul2 memerlukan bahu yang boleh aku lepaskan semua yang terbuku kat dalam lubuk hati aku. Aku betul2 perlukan orang yang boleh courage, bagi semangat and support aku setiap saat. Aku tak boleh baca apa ada dalam husband aku, aku xnampak usaha dia, aku takdengar doa dia, sebab tu aku takboleh blame atau apa. Mungkin dia tak tunjuk depan aku. Sebab tu kadang2 aku rasa aku ja yang beriya berusaha. Makan itu ini. Kadang2 aku sampai rasa

2nd cycle on Premarin & Norethisterone

Assalamualaikum. 1st cycle on Clomid failed. 27 July 2015 CD 11 appoinment with Dr. Sarab at INS Specialist Centre Alor Setar. Vagina scan. Resultnya telur aku kecil. Doc cakap telur aku jenis susah sikit keluar berbanding pcos biasa. Tak jalan dengan Clomid . So, Doc akan bagi ubat yang lebih 'power' dari Clomid So, Doc prescribed untuk 2nd cycle pulak. On Premarin for 10 days. Then continue with Norethisterone for 5 days. And then, tunggu period. CD2 aku kena buat injection. CD8 inject die (HSG Test). Harini sepatutnya  hari last aku consume  Norethishterone. Tapi sebab aku ada miss one time so esok last lagi 2 biji. Semoga segalanya berjalan lancar. Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Besar lagi Maha Mengetahui. Amin..

1st cycle on clomid

Tahun ni raya awal. Sehari sebelum raya, aku period. Alhamdulillah. Hari kedua aku start ambil clomid macam yang doktor suruh. Now dah hari kelima, and period pun semakin nak kering. Sebaik saja aku ambil clomid, aku pun inform doctor macam yang dia pesan. So next checup aku 27 july ni(day 12). Aku berharap, 1st cycle ini berjalan dgn lancar dan jayanya. Semoga tuhan memberkati kami berdua. Untuk next step, aku still ada perasaan nervous tu. Perasaan nervous tu datang sebab aku taktau apa hasil keputusannya nanti. For sure, aku harap resultnya yang terbaik(amin..). Ya Allah Ya Tuhanku, hanya kepada Kau lah aku berdoa dan meminta, semoga Kau kurniakan kami zuriat kami. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa. Kun fayakun.. P/S: Raya tahun ni tak jadi sebab dikejutkan dengan pemergian sepupu pada pagi Hari Raya. Semoga arwah tenang di sana..
Assalamualaikum. Pejam celik pejam celik dah nak dekat raya lagi seminggu. Haritu baru ja sambut puasa. And aku dah consumed Diane 35(pil hormon aka perancang) selama 20 hari dah. Esok last day. Lepas tu tunggu period datang untuk consume clomid (start hari kedua). Semoga Allah memberkati usaha aku. Semoga semuanya lancar. Amin..

2nd Consultation for 2nd Opinion

Assalamualaikum. Lepas checkup pertama tu, hujung minggu tu aku balik Alor Setar. Sebelum bertolak balik, aku call Ampang Puteri untuk postpone operation. Dr. Maritah tanya kenapa then husband aku explain la kata kami nak balik discuss dengan family. Lepas tu, Dr. Marsitah pesan jangan lambat-lambat buat operation. 20.6.2015 di Alor Setar. Awal pagi aku bangun dan pergi ke INS Specialist Centre, hospital yang kawan aku suggest kat dalam whatsapp haritu. Rupanya Dr. Sarab yang dia recommend tu cuti hari Sabtu. Sebab sini takpayah nak set appoinment, just walk in, kami decide untuk datang esok pagi sebab petang tu dah nak bertolak balik KL. 21.6.2015. Pukul 8.15 pagi kami dah sampai dekat INS tu. Alhamdulillah kami orang first. Risau ramai macam kat Ampang Puteri haritu. Receptionist kat INS pun tak datang lagi. Diorang masuk kerja pukul 9. Turn jumpa Dr. Sarab nombor 1. Dan Doc masuk pukul 10 macam biasa. So tepat pukul 10, kami dipanggil. Then, saya explain tujuan datang ke sa

1st check up 16.6.2015

Assalamualaikum. Kat sini aku nak kongsikan 1st checkup yang aku dah set dengan Dr. Marsitah dekat ampang puteri. Haritu aku cuma ambil cuti half day pagi tapi ternyata salah expectation aku. Pergi register pukul 8 dan nurse tu cakap turn aku number 12. So aku just tunggu situ dengan husband lepas kami habis breakfast dalam pukul 9 pagi. Tunggu punya tunggu doktor pukul 11.20pg baru sampai dan akhirnya aku dapat jumpa doktor dalam pukul 3 lebih. Masa masuk yes doctor memang baik lepas tu aku cerita la kenapa kami datang. Terus buat vagina scan and doctor diagnose aku ada right wall cyst 3.5 cm, rahim aku jenis retrovert, and ada something inside uterus aku yang doctor sendiri taktau apa. Tanpa bazirkan masa doctor terus bookingkan aku OT room pada 22.6.2015. Dan tanya tanya pasal insuran. Secepat itu. Masa dengar result tu tuhan saja yang tau apa perasaan aku. Doctor cakap jangan lambat-lambat terus operation. Aku dah la takut kena operate. Walaupun kes macam aku dah normal sangat

Esok 1st Consultation

Esok halfday cuti and first check up aku dengan gynae. Perasaan nervous tu ada sebab takut akan resultnya. Ya Allah Ya Tuhanku, Kau berikanlah aku kekuatan. Semoga semuanya baik-baik saja. Kau kuatkanlah aku. Sesungguhnya esok bermulalah perjalanan sebenar aku bersama gynae.  Hujung minggu ni aku balik Kedah. Aku pun akan dapatkan 2nd opinion dengan gynae kat sana. Last entry aku whatsapp kawan aku dia lah yang suruh try sana. Apa mampu aku buat hanyalah prepare mental dan ready for anything to be told. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Amin ya rabbal alamin...

Whatsapp kawan

Hari ni tengah free takdak kerja, aku whatsapp sorang kawan. Kawan yang bergelar TTCian jugak. Tapi alhamdulillah dia dah pregnant 3 bulan. Apa yang aku tanya just berapa lama dia TTC, berapa banyak dah dia habis, doktor mana dia pergi, mana okay mana tak okay sikit-sikit experience yang dia ada dia share dengan aku. Benak kecik aku cakap, sabar suatu hari nanti aku pasti macam dia. Tapi kadang-kadang benak tu seolah hilang dibawa angin. Dia bagi aku kata-kata semangat.  Yang mana rata-rata orang yang berjaya akan bagi nasihat kepada yang belum ada rezeki. Pasti aku pun macam tu andai suatu hari nanti aku berjaya. Walaupun pada satu pihak rasa cliche tapi itulah yang terbaik. Ya Allah, Kau kuatkanlah aku. Kau murahkanlah rezeki kami. Amin.

Entry Pertama sebagai TTCian

Assalamualaikum. Sebenarnya taktau nak start dari mana. Alam perkahwinan genap 2 tahun hujung minggu ni. Kebanyakan kawan-kawan yang kahwin sebelum dah selepas aku dah masuk anak kedua. Tapi aku masih berdua. Selalu sedapkan hati yang Allah nak bagi enjoy dulu tapi jauh sudut hati kecil rasa sedih tu ada. Mulut dah lama cakap nak pergi check up. Tapi tak pergi-pergi. Akhirnya, aku berjaya buat first step appointment dengan Dr. Marsita (Ampang Puteri/Klinik Medina) selepas puas google macam-macam doktor. Perasaan takut tu ada. Takut akan apa resultnya nanti. Sebab itu jugaklah asyik cakap ja tapi tak bertindak sebenarnya. Semoga segalanya okay.