Entry Pertama sebagai TTCian

Assalamualaikum.

Sebenarnya taktau nak start dari mana. Alam perkahwinan genap 2 tahun hujung minggu ni. Kebanyakan kawan-kawan yang kahwin sebelum dah selepas aku dah masuk anak kedua. Tapi aku masih berdua. Selalu sedapkan hati yang Allah nak bagi enjoy dulu tapi jauh sudut hati kecil rasa sedih tu ada.

Mulut dah lama cakap nak pergi check up. Tapi tak pergi-pergi. Akhirnya, aku berjaya buat first step appointment dengan Dr. Marsita (Ampang Puteri/Klinik Medina) selepas puas google macam-macam doktor.

Perasaan takut tu ada. Takut akan apa resultnya nanti. Sebab itu jugaklah asyik cakap ja tapi tak bertindak sebenarnya.

Semoga segalanya okay.

Comments

Popular posts from this blog

10-18dpiui

5-9 DPiui

9 wks 6 days from LMP