Posts

Showing posts from May, 2015

Whatsapp kawan

Hari ni tengah free takdak kerja, aku whatsapp sorang kawan. Kawan yang bergelar TTCian jugak. Tapi alhamdulillah dia dah pregnant 3 bulan. Apa yang aku tanya just berapa lama dia TTC, berapa banyak dah dia habis, doktor mana dia pergi, mana okay mana tak okay sikit-sikit experience yang dia ada dia share dengan aku. Benak kecik aku cakap, sabar suatu hari nanti aku pasti macam dia. Tapi kadang-kadang benak tu seolah hilang dibawa angin. Dia bagi aku kata-kata semangat.  Yang mana rata-rata orang yang berjaya akan bagi nasihat kepada yang belum ada rezeki. Pasti aku pun macam tu andai suatu hari nanti aku berjaya. Walaupun pada satu pihak rasa cliche tapi itulah yang terbaik. Ya Allah, Kau kuatkanlah aku. Kau murahkanlah rezeki kami. Amin.

Entry Pertama sebagai TTCian

Assalamualaikum. Sebenarnya taktau nak start dari mana. Alam perkahwinan genap 2 tahun hujung minggu ni. Kebanyakan kawan-kawan yang kahwin sebelum dah selepas aku dah masuk anak kedua. Tapi aku masih berdua. Selalu sedapkan hati yang Allah nak bagi enjoy dulu tapi jauh sudut hati kecil rasa sedih tu ada. Mulut dah lama cakap nak pergi check up. Tapi tak pergi-pergi. Akhirnya, aku berjaya buat first step appointment dengan Dr. Marsita (Ampang Puteri/Klinik Medina) selepas puas google macam-macam doktor. Perasaan takut tu ada. Takut akan apa resultnya nanti. Sebab itu jugaklah asyik cakap ja tapi tak bertindak sebenarnya. Semoga segalanya okay.