2nd Consultation for 2nd Opinion

Assalamualaikum.
Lepas checkup pertama tu, hujung minggu tu aku balik Alor Setar. Sebelum bertolak balik, aku call Ampang Puteri untuk postpone operation. Dr. Maritah tanya kenapa then husband aku explain la kata kami nak balik discuss dengan family. Lepas tu, Dr. Marsitah pesan jangan lambat-lambat buat operation.

20.6.2015 di Alor Setar.
Awal pagi aku bangun dan pergi ke INS Specialist Centre, hospital yang kawan aku suggest kat dalam whatsapp haritu. Rupanya Dr. Sarab yang dia recommend tu cuti hari Sabtu. Sebab sini takpayah nak set appoinment, just walk in, kami decide untuk datang esok pagi sebab petang tu dah nak bertolak balik KL.

21.6.2015.
Pukul 8.15 pagi kami dah sampai dekat INS tu. Alhamdulillah kami orang first. Risau ramai macam kat Ampang Puteri haritu. Receptionist kat INS pun tak datang lagi. Diorang masuk kerja pukul 9. Turn jumpa Dr. Sarab nombor 1. Dan Doc masuk pukul 10 macam biasa.

So tepat pukul 10, kami dipanggil. Then, saya explain tujuan datang ke sana dekat Doc. Terus keluarkan result dan tunjuk gambar scan masa kat Ampang Puteri. Tapi belum sempat doc tengok, dia suruh baring untuk buat examination. Doc scan perut and lepas tu dia scan vagina juga. Alhamdulillah, keputusan positif. Aku takdak cyst. Cyst tu dah kecut cuma rahim memang retrovert. Doc consult takpayah operate. Operation is the last solution. Kita try dengan cara lain dulu. Aku dapatkan double confirmation about cyst. Memang takdak. Doctor kata masa tu you tengah period memang telur kita akan mengembang. Doctor tak salahkan Doc yang diagnosed tu tapi dia cakap supposed to be Doc tu kena scan aku semasa period and selepas habis period. Ya Allah aku bersyukur sangat dengan keputusan. Aku pun puas hati dengan consultation Dr Sarab yang sangat jelas and detail. So, doctor bagi aku ubat hormon, clomid and ubat tambah darah untuk 1st cycle. Lepas hari kedua period aku kena consume clomid, Dr akan kirakan hari apa untuk aku buat xray bawah(inject a fluid) so that boleh tengok telur. Sebab dari situ doktor nak kira hari apa untuk bersama(waktu telur matang). Aku rasa bersemangat sangat dengar.

Total consultation(maybe free aku rasa, mengikut kawan aku) + ubat(ubat subur for 21 days, clomid dan iberet folic 500mg) + scan perut + scan vagina= RM 205

MURAH.

Sekarang aku tengah consume ubat subur hari ke10. Aku harap semuanya lancar. Ya Allah, hanya Kaulah yang Maha Mengetahui. Amin...

Comments

Popular posts from this blog

10-18dpiui

5-9 DPiui

9 wks 6 days from LMP