1st check up 16.6.2015

Assalamualaikum.

Kat sini aku nak kongsikan 1st checkup yang aku dah set dengan Dr. Marsitah dekat ampang puteri. Haritu aku cuma ambil cuti half day pagi tapi ternyata salah expectation aku. Pergi register pukul 8 dan nurse tu cakap turn aku number 12. So aku just tunggu situ dengan husband lepas kami habis breakfast dalam pukul 9 pagi.

Tunggu punya tunggu doktor pukul 11.20pg baru sampai dan akhirnya aku dapat jumpa doktor dalam pukul 3 lebih. Masa masuk yes doctor memang baik lepas tu aku cerita la kenapa kami datang. Terus buat vagina scan and doctor diagnose aku ada right wall cyst 3.5 cm, rahim aku jenis retrovert, and ada something inside uterus aku yang doctor sendiri taktau apa. Tanpa bazirkan masa doctor terus bookingkan aku OT room pada 22.6.2015. Dan tanya tanya pasal insuran. Secepat itu. Masa dengar result tu tuhan saja yang tau apa perasaan aku. Doctor cakap jangan lambat-lambat terus operation. Aku dah la takut kena operate. Walaupun kes macam aku dah normal sangat tapi aku sedih gila satu hari tu. Rasa down sangat dan bila bercerita pasal result tu dekat kawan aku, aku nangis. Masa nak buat payment kat hospital pun dah mencurah-curah tanpa sedar.

So, untuk 1 st consult ni total aku kena bayar rm342.30. Consultation doctor sahaja dalam 201 berapa sen. Equipment plus procedure rm120 mcm tu. Campur gst lagi jadila 342.30 tu. Tak ada ubat yang diberi.

Nanti aku cerita lagi apa next step lepas check up dekat ampang puteri. Petang tu aku dengar radio iklan gst rawatan kesuburan dikecualikan. So aku pun tak paham la kenapa aku kena bayar. Tapi redha ja la.

Comments

Popular posts from this blog

10-18dpiui

5-9 DPiui

9 wks 6 days from LMP